|
Selamat Datang
Kelab PROSTAR Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut (SMKBL) 2012.
♥
Pengenalan PROSTAR
Tinggal Jejak Anda
.Put your cbox code here .
Credits
Template : Dinie Hanani
Image : Photobucket
Edited : Miss Enon
Best view : Google Chrome
|
Kerjaya Pilihan :)
- Di peringkat sekolah rendah dan menengah, guru berperanan sebagai pendidik yang membimbing pelajar sehingga membawa kejayaan kepada anak muridnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Di universiti/IPT , kesinambungan mendidik diteruskan oleh tenaga akademik. Penambahan bilangan universiti/IPT kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa sudah pasti memerlukan lebih ramai tenaga akademik untuk mengajar di institusi tersebut.
- Tenaga akademik universiti/IPT sebenarnya mempunyai beberapa tahap mengikut kelayakan dan kecemerlangan akademiknya. Bermula sebagai tutor, diikuti sebagai pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya, dan profesor.Tenaga akademik yang baru dilantik dipanggil tutor atau penolong pensyarah atau pensyarah pelatih.
- Terdapat banyak kerjaya dalam bidang ini kerana pelbagai bidang pengajian ditawarkan di universiti/IPT. Apatah lagi jumlah universiti/IPT tempatan bertambah dan berkembang dari tahun ke tahun. Pelajar boleh menjadi pensyarah dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains, teknologi maklumat, seni bina, sains sosial, pengajian Islam, syariah, usuludin, pendidikan, pertanian, pengurusan, perniagaan dan banyak lagi.
- Tugas seorang pensyarah tidak sahaja mengajar di bilik-bilik kuliah atau menunjuk ajar di makmal, tetapi perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal, membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan bidang akademik seperti rundingan dan kembangan. Walaupun kerjaya ini nampaknya mencabar tetapi memberi kepuasan kepada yang meminatinya .
- Sekiranya kursus yang diajar itu memerlukan kerja lapangan, maka pensyarah itu akan membawa pelajar ke tempat yang ditetapkan. Bidang geologi misalnya, pensyarah akan membawa pelajarnya ke tempat tertentu untuk membuat kajian terhadap batu-batan yang dikaji. Begitu juga bidang botani, zoologi, pertanian.
- Dalam bidang perubatan misalnya, pensyarah akan membimbing pelajar-pelajar dengan menunjuk ajar cara-cara merawat dan membedah pesakit di hospital. Dalam latihan industri, pensyarah membimbing pelajar menjalani latihan tersebut di syarikat-syarikat swasta serta agensi kerajaan.
Old things | New things
|